CHILDREN AND FAMILY

BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP

INTERNET MARKETING

Tuesday, December 28, 2010

BERAKHIRNYA 2010

Begitu cepat masa berlalu. Kita sekarang berada dipenghujung tahun 2010 dan diambang tahun 2011. Bagi saya begitu banyak yang dilalui dalam tahun 2010 ini. Ada yang menggembirakan , ada yang menyedihkan, ada kejayaan , ada juga kegagalan.Walau apa pun , yang pastinya ,  kita terpaksa harungi semua peristiwa yang berlaku itu dengan rela hati .Sebagai manusia kita hanya boleh merancang , Hanya Allah saja yang akan menentukan.Allah lebih mengetahui bahawa sesuatu yang kita rasa baik itu samada sesuai untuk kita atau tidak.Kadang-kadang sesuatu perancangan itu tidak dicapai ditempoh atau tarikh yang kita rancang, tetapi ianya berlaku ditempoh dan tarikh lain mengikut penentuan Allah.Hanya Allah Yang mengetahui.Kita sebagai insan perlu redza dan menerima penentuan dengan hati yang terbuka, tanpa merasa sedih atau dukacita.LA-Tahzan.Jangan bersedih.Itu salah satu pengalaman yang saya dapati ditahun2010 ini. Kita perlu berdoa dan terus berdoa.
Banyak pengalaman ditahun 2010 ini dapat dikongsi bersama anak-anak saya dan sesiapa saja yang ingin mengambilnya sebagai pengajaran untuk meneruskan kehidupan ditahun 2011 dan seterusnya.

1. Jangan berputus asa, yakinlah pada ALLAH.
Seandainya sesuatu yang dirancang tidak tercapai atau menemui kegagalan , maka banyakkan berdoa dan mohonlah bantuan ALLAH supaya membuka jalan penyelesaian kepada kita.INSYAALLAH ALLAH tidak akan menghampakan permohonan hambanya.Saya banyak kali melalui beberapa peristiwa yang apabila kita berdoa dengan ikhlas dan yakin , memang ALLAH buka jalan keluar.Untuk anak-anak ku , INGAT!!!!selalulah berdoa kepada ALLAH dan jadikan doa  sebagai senjata yang dapat mempertahankan diri kita serta jadikan doa sebagai amalan hidup sepanjang hayat.INSYAALLAH kita akan selamat didunia dan diakhirat.

2. Solat 5 waktu.
Jangan sesekali kita mempermainkan suruhan ALLAH.Jangan ambil ringan soal solat.Solatlah tepat pada waktunya yang ditentukan.Orang yang meninggalkan atau meringankan solat adalah orang yang tidak berdisiplin.Orang yang tidak berdisiplin adalah orang yang gagal dalam hidupnya.Kalau kita yakin dan lakukan suruhan ALLAH , kita akan mencapai kejayaan. Didunia manusia sibuk mengejar waktu .Manusia sibuk merancang setiap langkah kehidupan dan dunia pekerjaan pula kita ada time planning supaya kita mencapai sasaran .Kalau kita tersasar dan tidak mencapai target kita akan bertungkus lumus cuba put things in order, trying to catch up with time, takut boss marah atau tidak dinaikknan pangkat.Tetapi ada sebahagian diantara kita yang  tidak rasa bersalah kalau  terlewat mengerjakan solat atau tersasar waktu solat.Apakah kita tidak takut ALLAH marah.Itu pun kita masih merasa tidak malu dan boleh lagi berdoa memohon pelbagai kehendak dari ALLAH.Sedarilah terutamanya anak-anakku.Renungkanlah apa yang mama tulis ini.
Pentingkan ALLAH dan Pentingkan perintahnya.Jadikan semua suruhan ALLAH FIRST AND TOP PRIORITY dalam semua perancangan kita.Jika kita pentingkan ALLAH , ALLAH akan pentingkan kita,jika kita Jaga perintah ALLAH , ALLAH akan jaga kita.Utamakan ALLAH dalam setiap langkah kita.Semuga anak-anak mama akan menjadi orang yang berjaya.AMIN.

3. SOLAT TAUBAT.
Kadang-kadang kita telah berusaha bertungkus lumus tetapi masih gagal.Kadang-kadang pula kita berusaha dan juga telah berdoa bersungguh-sungguh tapi masih tidak tercapai impian kita.Cuba buat SOLAT TAUBAT pula. Bukannya susah sangat pun cuma dua rokaat dan solatlah dengan ikhlas dan mohonlah keampunan kepada Allah diatas setiap kesalahan , dosa yang kita telah lakukan samada dalam keadaan sedar atau dalam keadaan kita tidak sedar atau tidak sengaja kita lakukan.Kadang-kadang dalam kita mengejar kejayaan , pangkat dan harta dunia kita ada melakukan perbuatan subahat yang menjerumuskan kita berdosa atau kita menganiayai manusia lain.Mohonlah dengan sebenar-benarnya keampunan pada ALLAH .INSYAALLAH selepas itu teruskan usaha serta berdoa supaya segala hajat kita tercapai.INSYAALLAH akan tercapai hajat kita.Cubalah lakukan ini sebab apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman yang mama telah lalui dari masa kemasa dalam kehidupan ini.

4. YAKIN PADA ALLAH.
Kita kena selalu yakin pada ALLAH.Setiap yang berlaku adalah penentuannya. Kadang-kadang kita rasa hidup kita ditindas, kadang-kadang kita rasa terlalu lemah seolah-olah ada manusia yang berpangkat atau berkedudukan tinggi mengongkog perjalanan hidup kita.Kadang-kadang kita rasa sipulan atau sipulan itu menyekat pergerakkan kita yang menyebabkan kita tidak berjaya. Sebenarnya biarkan apa yang orang nak buat dengan kita , biarkan apa  tindakan , cercaan , fitnah atau apa saja perancangan buruk manusia kepada kita.INGAT!!!. Kita semua termasuk orang yang ingin menganayai kita itu juga adalah sama dengan kita , iaitu insan dan makluk ALLAH.Kenapa kita mesti fokus dan takut pada manusia.Sebesar mana pun pangkantnya , setinggi manapun pelajaraannya, sebanyak manapun hartanya , semuanya milik ALLAH dan dia juga hidup dalam genggaman ALLAH.Mohonlah pada ALLAh supaya kita tidak diganggu oleh golongan ini.Sebenarnya kita dan orang-orang begini adalah dijadikan untuk menduga antara satu sama lain.Masing-masing diberi akal untuk memilih setiap langkah dalam kehidupan.Kalau langkah baik ,baiklah ganjaranya, kalau langkah kearah kejahatan terimalah balasannya. INGAT Allah jadikan ganjaran dan balsan baik Itu adalah pilihan kita.Jangan takut dengan manusia tapi takutlah dengan ALLAH sebab janji ALLAH adalah benar sebagai yang selalu dibacakan didalan talkin.Jangan tunggu saat talkin dibaca untuk kita beringat , itu sudah terlambat.Oleh itu untuk anak-anak mama berbuat baiklah pada setiap insan, jangan tindas menindas sesama sendiri.Takutlah balasan ALLAH.

5. SEDEKAH.
Banyakkan bersedekah walaupun dengan nilai wang yang sedikit.Sedekahlah dengan ikhlas. Bantulah orang yang lebih susah dari kita.Jangan biarkan pengemis berlalu tanpa kita menghulur bantuan.Seandainya kita biarkan perkara ini berlaku beerti kita terlepas peluang mendapat rahmat ALLAH.sedekahlah selagi mampu , selagi ada yang meminta.Takut suatu hari nanti kita tidak berpeluang bersedekah atau takut tidak ada yang mahu meminta bantuan kita.Putuslah rahmat ALLAH nanti.Ambil peluang bersedekah sebab ganjaran amat besar.Setiap kerja yang susah akan dimudahkan ALLAH jika kita rajin bersedekah.Percayalah sebab ini yang selalu mama lalui.Tidak akan menjadi papa kedana orang yang rajin bersedekah dengan ikhlas cuma rahsiakan sedekah kita.Biar ALLAH saja yang mengetahui.Besar nanti ganjaranya.

6. JANGAN MENGANAYAI ORANG LAIN
Jangan sekali kali menyusahkan atau menfitnah orang.Jangan ada apa saja perbuatan kita yang menyebabkan  manusia lain menajdi susah dalam kehidupan. Balasanannya amat perit nanti.Takut doa kita tidak dimaqbulkan ALLAH nanti.

7. BACALAH SURAH AL-MULK SEBELUM TIDUR
Jadikan satu amalan membaca surah AL-MULK sebelum tidur setiap hari.Ini dapat membantu kita dialam kehidupan kita seterusnya.Percayalah sebab ini pesan Nabi Muhammad S.A.W.Surah ini dapat menolong pembacanya dialam kubur nanti.Jangan harapkan orang lain akan mendoakan kita, buatlah bekalan ini untuk kita sendiri.Bukan apa , takut orang lain terlupa kita bila kita tiada nanti bak kata pepatah inggeris" Out of sight Out of mind."

Akhir sekali biarkan 2010 berlalu pergi dan jadikan tahun 2011 dan tahun-tahun seterusnya INSYAALLAH  lebih baik buat kita semua terutamanya anak-anak mama dan semua yang mengikuti blog ini.Muga-muga pesanan ini menjadi pedoman semua .

YANG BAIK DARI ALLAH , YANG CELA ITU ADALAH DARI KESILAPAN DAN KESALAHAN HAMBANYA SENDIRI.

SEMUGA KITA SELAMAT MENGHARUNGI TAHUN 2011 DAN SETERUSNYA.

No comments:

Post a Comment