CHILDREN AND FAMILY

BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP

INTERNET MARKETING

Tuesday, December 28, 2010

BERAKHIRNYA 2010

Begitu cepat masa berlalu. Kita sekarang berada dipenghujung tahun 2010 dan diambang tahun 2011. Bagi saya begitu banyak yang dilalui dalam tahun 2010 ini. Ada yang menggembirakan , ada yang menyedihkan, ada kejayaan , ada juga kegagalan.Walau apa pun , yang pastinya ,  kita terpaksa harungi semua peristiwa yang berlaku itu dengan rela hati .Sebagai manusia kita hanya boleh merancang , Hanya Allah saja yang akan menentukan.Allah lebih mengetahui bahawa sesuatu yang kita rasa baik itu samada sesuai untuk kita atau tidak.Kadang-kadang sesuatu perancangan itu tidak dicapai ditempoh atau tarikh yang kita rancang, tetapi ianya berlaku ditempoh dan tarikh lain mengikut penentuan Allah.Hanya Allah Yang mengetahui.Kita sebagai insan perlu redza dan menerima penentuan dengan hati yang terbuka, tanpa merasa sedih atau dukacita.LA-Tahzan.Jangan bersedih.Itu salah satu pengalaman yang saya dapati ditahun2010 ini. Kita perlu berdoa dan terus berdoa.
Banyak pengalaman ditahun 2010 ini dapat dikongsi bersama anak-anak saya dan sesiapa saja yang ingin mengambilnya sebagai pengajaran untuk meneruskan kehidupan ditahun 2011 dan seterusnya.

1. Jangan berputus asa, yakinlah pada ALLAH.
Seandainya sesuatu yang dirancang tidak tercapai atau menemui kegagalan , maka banyakkan berdoa dan mohonlah bantuan ALLAH supaya membuka jalan penyelesaian kepada kita.INSYAALLAH ALLAH tidak akan menghampakan permohonan hambanya.Saya banyak kali melalui beberapa peristiwa yang apabila kita berdoa dengan ikhlas dan yakin , memang ALLAH buka jalan keluar.Untuk anak-anak ku , INGAT!!!!selalulah berdoa kepada ALLAH dan jadikan doa  sebagai senjata yang dapat mempertahankan diri kita serta jadikan doa sebagai amalan hidup sepanjang hayat.INSYAALLAH kita akan selamat didunia dan diakhirat.

2. Solat 5 waktu.
Jangan sesekali kita mempermainkan suruhan ALLAH.Jangan ambil ringan soal solat.Solatlah tepat pada waktunya yang ditentukan.Orang yang meninggalkan atau meringankan solat adalah orang yang tidak berdisiplin.Orang yang tidak berdisiplin adalah orang yang gagal dalam hidupnya.Kalau kita yakin dan lakukan suruhan ALLAH , kita akan mencapai kejayaan. Didunia manusia sibuk mengejar waktu .Manusia sibuk merancang setiap langkah kehidupan dan dunia pekerjaan pula kita ada time planning supaya kita mencapai sasaran .Kalau kita tersasar dan tidak mencapai target kita akan bertungkus lumus cuba put things in order, trying to catch up with time, takut boss marah atau tidak dinaikknan pangkat.Tetapi ada sebahagian diantara kita yang  tidak rasa bersalah kalau  terlewat mengerjakan solat atau tersasar waktu solat.Apakah kita tidak takut ALLAH marah.Itu pun kita masih merasa tidak malu dan boleh lagi berdoa memohon pelbagai kehendak dari ALLAH.Sedarilah terutamanya anak-anakku.Renungkanlah apa yang mama tulis ini.
Pentingkan ALLAH dan Pentingkan perintahnya.Jadikan semua suruhan ALLAH FIRST AND TOP PRIORITY dalam semua perancangan kita.Jika kita pentingkan ALLAH , ALLAH akan pentingkan kita,jika kita Jaga perintah ALLAH , ALLAH akan jaga kita.Utamakan ALLAH dalam setiap langkah kita.Semuga anak-anak mama akan menjadi orang yang berjaya.AMIN.

3. SOLAT TAUBAT.
Kadang-kadang kita telah berusaha bertungkus lumus tetapi masih gagal.Kadang-kadang pula kita berusaha dan juga telah berdoa bersungguh-sungguh tapi masih tidak tercapai impian kita.Cuba buat SOLAT TAUBAT pula. Bukannya susah sangat pun cuma dua rokaat dan solatlah dengan ikhlas dan mohonlah keampunan kepada Allah diatas setiap kesalahan , dosa yang kita telah lakukan samada dalam keadaan sedar atau dalam keadaan kita tidak sedar atau tidak sengaja kita lakukan.Kadang-kadang dalam kita mengejar kejayaan , pangkat dan harta dunia kita ada melakukan perbuatan subahat yang menjerumuskan kita berdosa atau kita menganiayai manusia lain.Mohonlah dengan sebenar-benarnya keampunan pada ALLAH .INSYAALLAH selepas itu teruskan usaha serta berdoa supaya segala hajat kita tercapai.INSYAALLAH akan tercapai hajat kita.Cubalah lakukan ini sebab apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman yang mama telah lalui dari masa kemasa dalam kehidupan ini.

4. YAKIN PADA ALLAH.
Kita kena selalu yakin pada ALLAH.Setiap yang berlaku adalah penentuannya. Kadang-kadang kita rasa hidup kita ditindas, kadang-kadang kita rasa terlalu lemah seolah-olah ada manusia yang berpangkat atau berkedudukan tinggi mengongkog perjalanan hidup kita.Kadang-kadang kita rasa sipulan atau sipulan itu menyekat pergerakkan kita yang menyebabkan kita tidak berjaya. Sebenarnya biarkan apa yang orang nak buat dengan kita , biarkan apa  tindakan , cercaan , fitnah atau apa saja perancangan buruk manusia kepada kita.INGAT!!!. Kita semua termasuk orang yang ingin menganayai kita itu juga adalah sama dengan kita , iaitu insan dan makluk ALLAH.Kenapa kita mesti fokus dan takut pada manusia.Sebesar mana pun pangkantnya , setinggi manapun pelajaraannya, sebanyak manapun hartanya , semuanya milik ALLAH dan dia juga hidup dalam genggaman ALLAH.Mohonlah pada ALLAh supaya kita tidak diganggu oleh golongan ini.Sebenarnya kita dan orang-orang begini adalah dijadikan untuk menduga antara satu sama lain.Masing-masing diberi akal untuk memilih setiap langkah dalam kehidupan.Kalau langkah baik ,baiklah ganjaranya, kalau langkah kearah kejahatan terimalah balasannya. INGAT Allah jadikan ganjaran dan balsan baik Itu adalah pilihan kita.Jangan takut dengan manusia tapi takutlah dengan ALLAH sebab janji ALLAH adalah benar sebagai yang selalu dibacakan didalan talkin.Jangan tunggu saat talkin dibaca untuk kita beringat , itu sudah terlambat.Oleh itu untuk anak-anak mama berbuat baiklah pada setiap insan, jangan tindas menindas sesama sendiri.Takutlah balasan ALLAH.

5. SEDEKAH.
Banyakkan bersedekah walaupun dengan nilai wang yang sedikit.Sedekahlah dengan ikhlas. Bantulah orang yang lebih susah dari kita.Jangan biarkan pengemis berlalu tanpa kita menghulur bantuan.Seandainya kita biarkan perkara ini berlaku beerti kita terlepas peluang mendapat rahmat ALLAH.sedekahlah selagi mampu , selagi ada yang meminta.Takut suatu hari nanti kita tidak berpeluang bersedekah atau takut tidak ada yang mahu meminta bantuan kita.Putuslah rahmat ALLAH nanti.Ambil peluang bersedekah sebab ganjaran amat besar.Setiap kerja yang susah akan dimudahkan ALLAH jika kita rajin bersedekah.Percayalah sebab ini yang selalu mama lalui.Tidak akan menjadi papa kedana orang yang rajin bersedekah dengan ikhlas cuma rahsiakan sedekah kita.Biar ALLAH saja yang mengetahui.Besar nanti ganjaranya.

6. JANGAN MENGANAYAI ORANG LAIN
Jangan sekali kali menyusahkan atau menfitnah orang.Jangan ada apa saja perbuatan kita yang menyebabkan  manusia lain menajdi susah dalam kehidupan. Balasanannya amat perit nanti.Takut doa kita tidak dimaqbulkan ALLAH nanti.

7. BACALAH SURAH AL-MULK SEBELUM TIDUR
Jadikan satu amalan membaca surah AL-MULK sebelum tidur setiap hari.Ini dapat membantu kita dialam kehidupan kita seterusnya.Percayalah sebab ini pesan Nabi Muhammad S.A.W.Surah ini dapat menolong pembacanya dialam kubur nanti.Jangan harapkan orang lain akan mendoakan kita, buatlah bekalan ini untuk kita sendiri.Bukan apa , takut orang lain terlupa kita bila kita tiada nanti bak kata pepatah inggeris" Out of sight Out of mind."

Akhir sekali biarkan 2010 berlalu pergi dan jadikan tahun 2011 dan tahun-tahun seterusnya INSYAALLAH  lebih baik buat kita semua terutamanya anak-anak mama dan semua yang mengikuti blog ini.Muga-muga pesanan ini menjadi pedoman semua .

YANG BAIK DARI ALLAH , YANG CELA ITU ADALAH DARI KESILAPAN DAN KESALAHAN HAMBANYA SENDIRI.

SEMUGA KITA SELAMAT MENGHARUNGI TAHUN 2011 DAN SETERUSNYA.

Sunday, October 24, 2010

SUASANA HUJAN YANG CUKUP BERMAKNA

    Beginilah susana dikala hujan dikawasan perumahan disini. Sejauh mata memandang , biasanya kita dapat tengok kawasan perumahan taman disebelah sana cukup jelas. Ketika angin mula bertiup kencang , dan awan hitam mula menebal , pemandangan deseluruh kawasan perumahan disini menjadi semakin kabur. Bila hujan turun dengan lebatnya diikuti dengan guruh berdentum dan angin yang amat kencang bertiup suasana tenang disini menjadi gelap dan muram. Kadang-kadang terasa takut pun ada bila terdengar siulan angin yang begitu kuat sekali. Masa ini terkenang pula apakah ini bererti bencana akan menimpa. Disaat ini akan berdebar-debar jantung memikirkan bahawa seandainya keadaan menjadi lebih buruk , tiada siapa dapat membantu ,hanya kepada ALLAH dipanjatkan DOA buat keselamatan semua. Tambahan pula disaat ribut kuat dengan hujan lebat begini terkenang anak-anak yang sedang bersekolah , anak-anak yang sedang bekerja jauh dari kita .Seandainya berlaku sesuatu kepada kami atau kepada mereka  nescaya kami tidak dapat berjumpa mereka lagi.Apakah anak-anak juga mengingati kami bila mereka melihat keadaan begini, WALLAHHU A'LAM.Suasana begini pun kita sudah menjadi resah dan kelam kabut , bagaimana pula keaddan kita disaat kita melalui hari hari terakhir ketika ALLAH menggulung semua yang ada dibumi ini nanti.Dapatkah kita melaluinya dengan tenang , hanya ALLAH yang mengetahui.Diri kita sendiri pun kita tidak dapat selamatkan , mana mungkin kita dapat menyelamatkan anak-anak kita , atau ibubapa kita  .

   Disaat begini jelas terbayang kebesaran ILLAHI. Dengan ALLAH berkata KUNFAYAKUN maka semua ini terjadi , ribut melanda , guruh berdentum , panahan panah kilat yang tak tahan dilihat dengan mata kasar semuanya akur akan perintahan ALLAH. Ketakutan yang melanda benar-benar memberi keinsafan dihati, bahawa tiada daya dan upaya kita sebagai hamba ini untuk melawan kehendak ILLAHI.Sebab itu kita disarankan untuk mengingati ALLAH sentiasa.Sebab kita tidak tahu bila masanya dan saatnya , dimana negaranya atau negerinya , kedudukan kampungnya , dan lokasinya kita akan menghabiskan kehidupan kita dengan  ALLAH menyuruh malaikat menjemput kita dan dalam keadaan bagaiman nafas terakhir akan kita hembuskan. Rumah luas akan kita tinggalkan untuk kubur yang serba gelap dan sempit.Muga-muga kita diberi akhir kehidupan yang terbaik.

Oleh itu nasihat untuk diri saya , anak-anak dan yang ingin mengambil ikhtibar, bacalah doa  " ALLAHUMMAQTIM- LANA -BIHUSNIL- KHOTIMAH - ,  WALA TAKHTIM 'ALAINA BISUIL KHOTIMAH"yang bermaksud " YA ALLAH BERILAH AKU AKHIR KEHIDUPAN YANG BAIK DAN JANGAN AKU DIBERI AKHIR HIDUP YANG TIDAK ELOK"memohon pada ALLAH pada setiap lepas solat atau pada bila-bila masa  agar kita di pelihara iman kita  dan mati kita dalam Iman dan kebaikan  serta disaat berakhirnya hembusan nafas terakhir kembara kita didunia ini.
 

Lihatlah pohon-pohon pun bertiup mengikut arah ribut tanpa ingkar suruhan ALLAH, inikan kita manusia yang diberi sepenuh akal untuk menganalisa setiap langkah dan keadaan sepanjang hembusan nafas yang dipinjamkan kepada kita didunia ini.




RENUNG-RENUNGKANLAH.






Tuesday, August 31, 2010

RAMADHAN 2010 - 003

10 MALAM TERAKHIR :

Setiap hari kita sedang menuju keakhir Ramadhan.Ramadhan akan berlalu dalam beberapa hari lagi sahaja.Bagi yang tidak mengindahkan bulan mulia ini , mereka tidak merasakan apa-apa.Mereka mungkin menghitung hari supaya Ramadhan berakhir dengan cepat.Mereka mungkin lebih seronok menghabiskan masa dibulan ini dengan pelbagai aktiviti yang mereka rasa dapat memberikan keseronokan dunia contohnya bersembang dengan kawan-kawan dikedai-kedai kopi atau cafe atau lokasi terpilih sedang betapa ramai yang lain sedang berebut-rebut peluang mencari keredzaan Allah setiap siang dan malam hari didalam bulan mulia ini.Sayangnya golongan ini .  Bagi yang langsung tidak kesah tentang kemuliaan bulan ini mungkin merasakan Ramadhan in satu bebanan untuk mereka dimana mereka terpaksa berpuasa atau sekurang-kurangnya merasakan bulan ini mengongkong kehidupan mereka.Tidak boleh bebas makan dan minum.Walau apa pun kita doakan golongan ini muga-muga Allah s.w.t membuka hati mereka agar mereka dapat merasa betapa nikmat dan rahmatnya bulan ini , atau sekurang-kurangnya mereka mendapat taufik dan hidayah dengan menginsafi diri betapa ruginya mereka kerana biarkan Ramadhan berlalu tanpa mereka merebut peluang apa-apa pun darinya selain dari berpuasa.

Bagi  yang menanti kedatangan Ramadhan , kehilangan Ramadhan sehari demi sehari akan membuat mereka gelisah.Rasa masa yang begitu cepat berlalu sedangkan begitu sedikit amal yang dapat dilakukan.Itu pun amalan itu dilakukan dengan sepenuh harapan semuga amalan amalan yang tidak seberapa itu diterima Allah s.w.t sepenuhnya.INSAYAALAH.

Kita sedang berada disepuluh malam teralhir bulan mulia ini.Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya.Amalan solat taubat , solat tahajjud , zikir munajat mesti diperbanyakkan dimalam-malam sepuluh terakhir Ramadhan kali ini , manalah tahu kita menjadi umat terpilih yang sedang beramal dimalam Lailatul-Qadar ditahun ini.Tiada yang mustahil , Insan kerdil seperti kita mungkin menjadi insan terpilih berdasarkan keikhlasan kita beramal kejalan Allah.Rebutlah peluang ini seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dimana malam Lailatul Qadar berada disepuluhh malam terakhir terutama malam ganjil malam 21, 23, 25, 27 dibulan Ramadhan.

Bangunlah berjaga ditengah malam yang sepi sedangkan orang lain sedang tidur demi memanjat doa dimalam mulia ini.Korbankan sedikit waktu tidur kita dimalam-malam sepuluh terakhir ini. INSYAALLAH tiada mudarat dengan kurangnya tempoh tidur dimalam tersebut . INGATLAH ANAK-ANAKKU dan semua yang mengikuti blog ini , kurang-kurangkanlah tempoh tidur kita dimasa hidup untuk beramal sebab kita masih boleh bangun lagi untuk menikmati hari esok dengan izin ALLAH.Takut bila tiba hari penentuan bila kita dipaksa tidur selamanya  tanpa bangun-bangun lagi , tiada lagi amal yang dapat dibuat kecuali apa yang telah dilakukan dimasa hayat kita, itupun kalau ada atau kalau diterima Allah.. Hanya itu yang dapat membantu kita disana.Oleh itu rebutlah peluang dengan beramal sebanyak mungkin . Korbankan waktu tidur sekarang pada Ramadhan kali ini supaya kita selesa bila tidur sepanjang kehidupan dialam seterusnya.

Muga-muga kita menjadi insan yang kaya didunia dan kaya diakhirat, senang didunia dan senang diakhirat .Oleh itu CARILAH HARTA DUNIA UNTUK KEGUNAAN DIAKHIRAT NANTI.

Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN 2010 - 002

Peringatan buat semua terutamanya anak-anakku : ( Dari Papa dan Mama )

Ketahuilah sesungguhnya bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 peringkat ;

10 hari pertama  - Peringkat Rahmat

10 hari kemudiannya - Peringkat keampunan

10 hari terakhir   - Peringkat  pembebasan.

Oleh itu setiap kali datangnya bulan mulia ini , rancanglah dan gunakanlah ianya dengan sebaik-baiknya.Jangan lepaskan peluang dengan membiarkan Ramadhan berlalu  begitu saja.Kurangkan atau kosongkan aktiviti yang tidak memberi menafaat , contohnya sibok dan serious memikirkan apa yang hendak dimasak untuk juadah berbuka , biskut apa nak dibuat untuk hari raya nanti atau seronok berjalan-jalan melihat gerai-gerai yang sesak menjual pelbagai barangan hari raya. Jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa kita mendapat Rahmat , mendapat barakah dan yang pentingnya keampunan dari ALLAH.

Belum tentu Ramadhan tahun hadapan kita sihat tubuh badan , kita kuat berjalan , atau kita masih boleh beramal, kita masih ada wang untuk bersedekah.Rebutlahpeluang yang ada didepan mata Hari ini , Jam ini , Minit ini ,Saat ini , untuk kita mendapatkan keredzaan ILLAHI.Gunakanlah waktu lapang ini sebelum datangnya waktu sibok , waktu sakit atau waktu sedih.

Cuba lihat sanak saudara kita contohnya , berapa ramai yang tiada lagi bersama dengan kita pada Ramadhan tahun ini.Mereka telah dijemput kembali menemui ILLAHI sebelum sempat datangnya Ramadhan kali ini.Berapa keluarga yang melalui Ramadhan kali ini dalam suasana pilu, terkenangkan orang tersayang yang telah tiada.Mereka hanya dapat mengirim Doa dengan linangan airmata, mengadakan kenduri doa selamat sebagai batuan bagi yang telah pergi. Oleh itu sebelum kita melalui suasana yang sama atau kita melalui waktu lebih sedih dengan kehilangan lagi ahli keluarga kita atau  keadaan yang serupa , rebutlah peluang ini dengan cara yang TERBAIK. Dekatilah mereka sementara ada, berbuat baiklah kepada mereka sementara mereka didepan mata. Gembirakankah hati mereka kerana ini mungkin tahun terakhir buat kita atau mereka.Hanya ALLAH yang mengetahui.

Tengoklah gambar-gambar yang pernah diambil pada setiap tahun Hari Raya yang terdahulu.Berapa ramai yang telah tidak ada lagi ditahun ini . Oleh itu kita mesti sentiasa beringat .

Cuba mulakan amalan ini  sempena bulan Ramadhan tahun 2010 ini. INSYAALAH kita akan dapat dan sentiasa teringat dn rindu untuk melaksakannya ditahun-tahun akan datang. Mulakan dengan membaca dan  Qatam Alquran dibulan Ramadhan kali ini. Cuba buat dulu baru tahu nikmatnya. Masih ada masa lagi untuk dimulakan.

 Kalau  kita dapat membaca Alquran sebanyak 30mukasurat sehari , maka dalam 21 hari INSYAALLAH kita dapat qatam sebuah Alquran .

Sehari 30mukasurat , Kita ada 5 waktu solat dalam sehari , jadi cuba baca alquran satu waktu 6 mukasurat sahaja (paling kurang), cukup untuk kita qatam alquran dalam tempoh 21hari, INSYAALLAH.

Jangan tunggu lagi , gunakan peluang yang ada ini dirumah kita untuk melangkah kejalan yang diredzai ALLAH.Jika kita sentiasa ingat ALLAH , ALLAH akan sentiasa membantu kita . Ini adalah persediaan untuk kita dihari kemudian.

Cuba amati senikata lagu nasyid ( Pergi Tak kembali ) dari Allahyarham Ustaz Asri yang berbunyi :

" KITA TAK SAMA NASIB DISANA
BAIKKAH ATAU SEBALIKNYA "

Sunday, August 8, 2010

RAMADHAN 2010 - 001

Selamat berpuasa kepada semua. Semuga dibulan Ramadhan tahun ini kita dapat menjalani amalan puasa dengan sebaik-baiknya.Jadikanlah Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.Rebutlah peluang Ramadhan tahun ini untuk kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH.

Sesungguhnya Ramadhan bulan yang dipenuhi barakah. Perbanyakkan solat malam dan muhasabah diri dibulan ini.Imbas kembali perjalanan yang telah kita lalui sehingga kehari ini

Cuba kira semula umur yang ALLAH anugerahkan pada kita sehingga kini.Bandingkan dengan amalan yang telah kita buat setakat ini.Berapakah ratio amalan dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH curahkan kepada kita.Sampai 50%, 40% , 20% atau kurang dari 10%.Itu pun belum ditolak amalan yang kurang ikhlas yang kita telah buat.

Cakap tentang Keikhlasan , berapa ramai yang boleh melaksanakan sesuatu itu dengan ikhlas.Dizaman yang mencabar ini , harta benda menjadi ukuran , wang menjadi rebutan , pangkat menjadi tanda penghormatan.Kalau perkara tersebut diletakkan sebagai satu ukuran pencapaian , maka analisalah bagaimana caranya kita mencapai semua itu.Berhati-hati dengan setiap langkah perjalanan kita dalam mencapai harta menggunung , wang berjuta dan pangkat yang tinggi . Takut-takut dalam proses kita berusaha mengejar semua itu , kita terpaksa menfitnah sesama sendiri,  menjatuhkan maruah sesama insan atau mengambil wang yang tidak diredzai ALLAH.Setiap apa yang kita capai , seandainya perjalanan tidak betul , tidak mengikut jalan petunjuk ALLAH , bukan saja harta , wang dan pangkat yang dicapai itu binasa tetapi semua yang ada akan turut lenyap ditelan masa.Berhati hati.

 Sekali-sekali cuba bandingkan kehidupan kita dengan orang yang tidak berkemampuan.Bandingkan kesihatan kita dengan orang yang sakit.Bandingkan harta kita dengan golongan miskin.Bandingkan pangkat kita dengan orang bawahan kita.Pandanglah mereka dengan MATA HATI .Apakah yang ALLAH hendak tunjukkan kepada kita.Apakah mereka pilih kehidupan begitu.Oleh itu BERSYUKUR dengan  apa yang ada ditangan sebelum semuanya kita kehilangan.

Cuba kita bandingkan pula umur kita dengan umur orang yang lebih tua dari kita.Mereka yang ALLAH lanjutkan usia sehingga 75tahun , 80tahun dan lebih dari itu.Diusia begitu , bukan semua mereka yang masih sihat tubuh badannya.Kebanyakkan mereka terpaksa melalui kebergantungan hidup pada orang lain. Mereka terpaksa bergantung kepada bantuan anak untuk memimpin mereka berjalan , memandikan mereka dan ada yang yang berharap orang lain menyuapkan makanan kemulut mereka.Selalunya mereka bergantung harap kepada anak-anak atau cucu cicit mereka atau sesiapa saja anak-anak angkat yang mereka pernah menabur jasa dan bakti diusia muda mereka.Ini adalah adat dunia , kalau kita membela seseorang budak tidak kira anak , anak angkat , cucu atau cicit maka bila kita tua , kita akan berharap inilah orangnya yang akan menjaga kita diusia tua.Adakah semua harapan ini akan terlaksana  atau harapan hanya akan tinggal harapan saja.Hanya ALLAH yang mengetahui.

Juga menjadi lumrah , kita akan menyayangi lebih mereka yang pernah kita belai dari kecil , yang dibesarkan didepan mata kita dengan titik peluh kita sendiri , yang kita menyuapkan nasi kemulut mereka dimasa ibu mereka bekerja .Akan kita ingat mereka ini selalu .Akan terbayang sentiasa dimata kita tingkahlaku mereka dimasa kita melalui zaman silam membela mereka.Bukan itu saja , kita akan merasa seronok bila kita diusia tua , mereka pula membela kita.Tetapi akan sayu dan sedih jika mereka tidak mengindahkan kita . Betapa terhiris hati bila kita dihari tua diasingkan dari mereka , bahkan tidak menalipon pun bertanya khabar.Kita akan tertanya-tanya apakah dosa yang telah kita lakukan kepada mereka, apakah mereka lupa jasa kita bila kita sudah tua.Atau kita diusia tua telah menjadi bebanan buat mereka.

Oleh itu jadikanlah Ramadhan ini untuk kita muhasabah diri.Berbuatlah baiklah kepada orang terutamanya mereka yang telah banyak berjasa kepada kita.Orang itu adalah gambaran hidup kita dimasa hadapan. Rancanglah sesuatu denga sebaik mungkin tanpa mengguris hati yang telah berjasa kepada kita.Ingatlah apa-apa kesusahan yang kita lalui adalah dugaan , bagaimana caranya kita mengabil langkah penyelesaian adalah penentuan hidup kita seterusnya.Lebih kuat iman kita maka lebih besarlah dugaaan kita.Jangan kalah dengan dugaan tapi mohonlah bantuan ALLAh untuk kita melalui semua dugaan   dengan jayanya.INSYAALLAH.

Ingat ada ayat Quran yang bermaksud " Engkau merancang , aku merancang , tetapi akhirnya perancangan aku yang akan menang"Oleh itu rancanglah sesuatu dengan berbincang dengan semua yang terlibat , jangan ada sebarang muslihat , takut ada yang teraniaya dan akhirnya kita terpaksa lalui dugaan demi dugaan sebab akhirnya perancangan  ALLAH yang akan menangkan orang yang teraniaya, tinggal kita melalui satu demi satu kepayahan hidup.

Semuga Ramadhan ini menjadikan saya , anak-anak saya dan semua orang , insan yang lebih baik  dan semuga Allah memberi Taufik dan Hidayahnya kepada saya , anak-anak saya dan semua umat Muhammad.Muga-muga ALLAH memberkati kita semua dan menguatkan azam dan ketaqwaan kita kepada ALLAH hingga keakhir hayat kita.

SELAMAT BERPUASA.