CHILDREN AND FAMILY

BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP

INTERNET MARKETING

Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN 2010 - 002

Peringatan buat semua terutamanya anak-anakku : ( Dari Papa dan Mama )

Ketahuilah sesungguhnya bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 peringkat ;

10 hari pertama  - Peringkat Rahmat

10 hari kemudiannya - Peringkat keampunan

10 hari terakhir   - Peringkat  pembebasan.

Oleh itu setiap kali datangnya bulan mulia ini , rancanglah dan gunakanlah ianya dengan sebaik-baiknya.Jangan lepaskan peluang dengan membiarkan Ramadhan berlalu  begitu saja.Kurangkan atau kosongkan aktiviti yang tidak memberi menafaat , contohnya sibok dan serious memikirkan apa yang hendak dimasak untuk juadah berbuka , biskut apa nak dibuat untuk hari raya nanti atau seronok berjalan-jalan melihat gerai-gerai yang sesak menjual pelbagai barangan hari raya. Jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa kita mendapat Rahmat , mendapat barakah dan yang pentingnya keampunan dari ALLAH.

Belum tentu Ramadhan tahun hadapan kita sihat tubuh badan , kita kuat berjalan , atau kita masih boleh beramal, kita masih ada wang untuk bersedekah.Rebutlahpeluang yang ada didepan mata Hari ini , Jam ini , Minit ini ,Saat ini , untuk kita mendapatkan keredzaan ILLAHI.Gunakanlah waktu lapang ini sebelum datangnya waktu sibok , waktu sakit atau waktu sedih.

Cuba lihat sanak saudara kita contohnya , berapa ramai yang tiada lagi bersama dengan kita pada Ramadhan tahun ini.Mereka telah dijemput kembali menemui ILLAHI sebelum sempat datangnya Ramadhan kali ini.Berapa keluarga yang melalui Ramadhan kali ini dalam suasana pilu, terkenangkan orang tersayang yang telah tiada.Mereka hanya dapat mengirim Doa dengan linangan airmata, mengadakan kenduri doa selamat sebagai batuan bagi yang telah pergi. Oleh itu sebelum kita melalui suasana yang sama atau kita melalui waktu lebih sedih dengan kehilangan lagi ahli keluarga kita atau  keadaan yang serupa , rebutlah peluang ini dengan cara yang TERBAIK. Dekatilah mereka sementara ada, berbuat baiklah kepada mereka sementara mereka didepan mata. Gembirakankah hati mereka kerana ini mungkin tahun terakhir buat kita atau mereka.Hanya ALLAH yang mengetahui.

Tengoklah gambar-gambar yang pernah diambil pada setiap tahun Hari Raya yang terdahulu.Berapa ramai yang telah tidak ada lagi ditahun ini . Oleh itu kita mesti sentiasa beringat .

Cuba mulakan amalan ini  sempena bulan Ramadhan tahun 2010 ini. INSYAALAH kita akan dapat dan sentiasa teringat dn rindu untuk melaksakannya ditahun-tahun akan datang. Mulakan dengan membaca dan  Qatam Alquran dibulan Ramadhan kali ini. Cuba buat dulu baru tahu nikmatnya. Masih ada masa lagi untuk dimulakan.

 Kalau  kita dapat membaca Alquran sebanyak 30mukasurat sehari , maka dalam 21 hari INSYAALLAH kita dapat qatam sebuah Alquran .

Sehari 30mukasurat , Kita ada 5 waktu solat dalam sehari , jadi cuba baca alquran satu waktu 6 mukasurat sahaja (paling kurang), cukup untuk kita qatam alquran dalam tempoh 21hari, INSYAALLAH.

Jangan tunggu lagi , gunakan peluang yang ada ini dirumah kita untuk melangkah kejalan yang diredzai ALLAH.Jika kita sentiasa ingat ALLAH , ALLAH akan sentiasa membantu kita . Ini adalah persediaan untuk kita dihari kemudian.

Cuba amati senikata lagu nasyid ( Pergi Tak kembali ) dari Allahyarham Ustaz Asri yang berbunyi :

" KITA TAK SAMA NASIB DISANA
BAIKKAH ATAU SEBALIKNYA "

1 comment: