CHILDREN AND FAMILY

BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP

INTERNET MARKETING

Tuesday, August 31, 2010

RAMADHAN 2010 - 003

10 MALAM TERAKHIR :

Setiap hari kita sedang menuju keakhir Ramadhan.Ramadhan akan berlalu dalam beberapa hari lagi sahaja.Bagi yang tidak mengindahkan bulan mulia ini , mereka tidak merasakan apa-apa.Mereka mungkin menghitung hari supaya Ramadhan berakhir dengan cepat.Mereka mungkin lebih seronok menghabiskan masa dibulan ini dengan pelbagai aktiviti yang mereka rasa dapat memberikan keseronokan dunia contohnya bersembang dengan kawan-kawan dikedai-kedai kopi atau cafe atau lokasi terpilih sedang betapa ramai yang lain sedang berebut-rebut peluang mencari keredzaan Allah setiap siang dan malam hari didalam bulan mulia ini.Sayangnya golongan ini .  Bagi yang langsung tidak kesah tentang kemuliaan bulan ini mungkin merasakan Ramadhan in satu bebanan untuk mereka dimana mereka terpaksa berpuasa atau sekurang-kurangnya merasakan bulan ini mengongkong kehidupan mereka.Tidak boleh bebas makan dan minum.Walau apa pun kita doakan golongan ini muga-muga Allah s.w.t membuka hati mereka agar mereka dapat merasa betapa nikmat dan rahmatnya bulan ini , atau sekurang-kurangnya mereka mendapat taufik dan hidayah dengan menginsafi diri betapa ruginya mereka kerana biarkan Ramadhan berlalu tanpa mereka merebut peluang apa-apa pun darinya selain dari berpuasa.

Bagi  yang menanti kedatangan Ramadhan , kehilangan Ramadhan sehari demi sehari akan membuat mereka gelisah.Rasa masa yang begitu cepat berlalu sedangkan begitu sedikit amal yang dapat dilakukan.Itu pun amalan itu dilakukan dengan sepenuh harapan semuga amalan amalan yang tidak seberapa itu diterima Allah s.w.t sepenuhnya.INSAYAALAH.

Kita sedang berada disepuluh malam teralhir bulan mulia ini.Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya.Amalan solat taubat , solat tahajjud , zikir munajat mesti diperbanyakkan dimalam-malam sepuluh terakhir Ramadhan kali ini , manalah tahu kita menjadi umat terpilih yang sedang beramal dimalam Lailatul-Qadar ditahun ini.Tiada yang mustahil , Insan kerdil seperti kita mungkin menjadi insan terpilih berdasarkan keikhlasan kita beramal kejalan Allah.Rebutlah peluang ini seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dimana malam Lailatul Qadar berada disepuluhh malam terakhir terutama malam ganjil malam 21, 23, 25, 27 dibulan Ramadhan.

Bangunlah berjaga ditengah malam yang sepi sedangkan orang lain sedang tidur demi memanjat doa dimalam mulia ini.Korbankan sedikit waktu tidur kita dimalam-malam sepuluh terakhir ini. INSYAALLAH tiada mudarat dengan kurangnya tempoh tidur dimalam tersebut . INGATLAH ANAK-ANAKKU dan semua yang mengikuti blog ini , kurang-kurangkanlah tempoh tidur kita dimasa hidup untuk beramal sebab kita masih boleh bangun lagi untuk menikmati hari esok dengan izin ALLAH.Takut bila tiba hari penentuan bila kita dipaksa tidur selamanya  tanpa bangun-bangun lagi , tiada lagi amal yang dapat dibuat kecuali apa yang telah dilakukan dimasa hayat kita, itupun kalau ada atau kalau diterima Allah.. Hanya itu yang dapat membantu kita disana.Oleh itu rebutlah peluang dengan beramal sebanyak mungkin . Korbankan waktu tidur sekarang pada Ramadhan kali ini supaya kita selesa bila tidur sepanjang kehidupan dialam seterusnya.

Muga-muga kita menjadi insan yang kaya didunia dan kaya diakhirat, senang didunia dan senang diakhirat .Oleh itu CARILAH HARTA DUNIA UNTUK KEGUNAAN DIAKHIRAT NANTI.

No comments:

Post a Comment