CHILDREN AND FAMILY

BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP

INTERNET MARKETING

Tuesday, August 31, 2010

RAMADHAN 2010 - 003

10 MALAM TERAKHIR :

Setiap hari kita sedang menuju keakhir Ramadhan.Ramadhan akan berlalu dalam beberapa hari lagi sahaja.Bagi yang tidak mengindahkan bulan mulia ini , mereka tidak merasakan apa-apa.Mereka mungkin menghitung hari supaya Ramadhan berakhir dengan cepat.Mereka mungkin lebih seronok menghabiskan masa dibulan ini dengan pelbagai aktiviti yang mereka rasa dapat memberikan keseronokan dunia contohnya bersembang dengan kawan-kawan dikedai-kedai kopi atau cafe atau lokasi terpilih sedang betapa ramai yang lain sedang berebut-rebut peluang mencari keredzaan Allah setiap siang dan malam hari didalam bulan mulia ini.Sayangnya golongan ini .  Bagi yang langsung tidak kesah tentang kemuliaan bulan ini mungkin merasakan Ramadhan in satu bebanan untuk mereka dimana mereka terpaksa berpuasa atau sekurang-kurangnya merasakan bulan ini mengongkong kehidupan mereka.Tidak boleh bebas makan dan minum.Walau apa pun kita doakan golongan ini muga-muga Allah s.w.t membuka hati mereka agar mereka dapat merasa betapa nikmat dan rahmatnya bulan ini , atau sekurang-kurangnya mereka mendapat taufik dan hidayah dengan menginsafi diri betapa ruginya mereka kerana biarkan Ramadhan berlalu tanpa mereka merebut peluang apa-apa pun darinya selain dari berpuasa.

Bagi  yang menanti kedatangan Ramadhan , kehilangan Ramadhan sehari demi sehari akan membuat mereka gelisah.Rasa masa yang begitu cepat berlalu sedangkan begitu sedikit amal yang dapat dilakukan.Itu pun amalan itu dilakukan dengan sepenuh harapan semuga amalan amalan yang tidak seberapa itu diterima Allah s.w.t sepenuhnya.INSAYAALAH.

Kita sedang berada disepuluh malam teralhir bulan mulia ini.Rebutlah peluang ini sebaik-baiknya.Amalan solat taubat , solat tahajjud , zikir munajat mesti diperbanyakkan dimalam-malam sepuluh terakhir Ramadhan kali ini , manalah tahu kita menjadi umat terpilih yang sedang beramal dimalam Lailatul-Qadar ditahun ini.Tiada yang mustahil , Insan kerdil seperti kita mungkin menjadi insan terpilih berdasarkan keikhlasan kita beramal kejalan Allah.Rebutlah peluang ini seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dimana malam Lailatul Qadar berada disepuluhh malam terakhir terutama malam ganjil malam 21, 23, 25, 27 dibulan Ramadhan.

Bangunlah berjaga ditengah malam yang sepi sedangkan orang lain sedang tidur demi memanjat doa dimalam mulia ini.Korbankan sedikit waktu tidur kita dimalam-malam sepuluh terakhir ini. INSYAALLAH tiada mudarat dengan kurangnya tempoh tidur dimalam tersebut . INGATLAH ANAK-ANAKKU dan semua yang mengikuti blog ini , kurang-kurangkanlah tempoh tidur kita dimasa hidup untuk beramal sebab kita masih boleh bangun lagi untuk menikmati hari esok dengan izin ALLAH.Takut bila tiba hari penentuan bila kita dipaksa tidur selamanya  tanpa bangun-bangun lagi , tiada lagi amal yang dapat dibuat kecuali apa yang telah dilakukan dimasa hayat kita, itupun kalau ada atau kalau diterima Allah.. Hanya itu yang dapat membantu kita disana.Oleh itu rebutlah peluang dengan beramal sebanyak mungkin . Korbankan waktu tidur sekarang pada Ramadhan kali ini supaya kita selesa bila tidur sepanjang kehidupan dialam seterusnya.

Muga-muga kita menjadi insan yang kaya didunia dan kaya diakhirat, senang didunia dan senang diakhirat .Oleh itu CARILAH HARTA DUNIA UNTUK KEGUNAAN DIAKHIRAT NANTI.

Wednesday, August 18, 2010

RAMADHAN 2010 - 002

Peringatan buat semua terutamanya anak-anakku : ( Dari Papa dan Mama )

Ketahuilah sesungguhnya bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 peringkat ;

10 hari pertama  - Peringkat Rahmat

10 hari kemudiannya - Peringkat keampunan

10 hari terakhir   - Peringkat  pembebasan.

Oleh itu setiap kali datangnya bulan mulia ini , rancanglah dan gunakanlah ianya dengan sebaik-baiknya.Jangan lepaskan peluang dengan membiarkan Ramadhan berlalu  begitu saja.Kurangkan atau kosongkan aktiviti yang tidak memberi menafaat , contohnya sibok dan serious memikirkan apa yang hendak dimasak untuk juadah berbuka , biskut apa nak dibuat untuk hari raya nanti atau seronok berjalan-jalan melihat gerai-gerai yang sesak menjual pelbagai barangan hari raya. Jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa kita mendapat Rahmat , mendapat barakah dan yang pentingnya keampunan dari ALLAH.

Belum tentu Ramadhan tahun hadapan kita sihat tubuh badan , kita kuat berjalan , atau kita masih boleh beramal, kita masih ada wang untuk bersedekah.Rebutlahpeluang yang ada didepan mata Hari ini , Jam ini , Minit ini ,Saat ini , untuk kita mendapatkan keredzaan ILLAHI.Gunakanlah waktu lapang ini sebelum datangnya waktu sibok , waktu sakit atau waktu sedih.

Cuba lihat sanak saudara kita contohnya , berapa ramai yang tiada lagi bersama dengan kita pada Ramadhan tahun ini.Mereka telah dijemput kembali menemui ILLAHI sebelum sempat datangnya Ramadhan kali ini.Berapa keluarga yang melalui Ramadhan kali ini dalam suasana pilu, terkenangkan orang tersayang yang telah tiada.Mereka hanya dapat mengirim Doa dengan linangan airmata, mengadakan kenduri doa selamat sebagai batuan bagi yang telah pergi. Oleh itu sebelum kita melalui suasana yang sama atau kita melalui waktu lebih sedih dengan kehilangan lagi ahli keluarga kita atau  keadaan yang serupa , rebutlah peluang ini dengan cara yang TERBAIK. Dekatilah mereka sementara ada, berbuat baiklah kepada mereka sementara mereka didepan mata. Gembirakankah hati mereka kerana ini mungkin tahun terakhir buat kita atau mereka.Hanya ALLAH yang mengetahui.

Tengoklah gambar-gambar yang pernah diambil pada setiap tahun Hari Raya yang terdahulu.Berapa ramai yang telah tidak ada lagi ditahun ini . Oleh itu kita mesti sentiasa beringat .

Cuba mulakan amalan ini  sempena bulan Ramadhan tahun 2010 ini. INSYAALAH kita akan dapat dan sentiasa teringat dn rindu untuk melaksakannya ditahun-tahun akan datang. Mulakan dengan membaca dan  Qatam Alquran dibulan Ramadhan kali ini. Cuba buat dulu baru tahu nikmatnya. Masih ada masa lagi untuk dimulakan.

 Kalau  kita dapat membaca Alquran sebanyak 30mukasurat sehari , maka dalam 21 hari INSYAALLAH kita dapat qatam sebuah Alquran .

Sehari 30mukasurat , Kita ada 5 waktu solat dalam sehari , jadi cuba baca alquran satu waktu 6 mukasurat sahaja (paling kurang), cukup untuk kita qatam alquran dalam tempoh 21hari, INSYAALLAH.

Jangan tunggu lagi , gunakan peluang yang ada ini dirumah kita untuk melangkah kejalan yang diredzai ALLAH.Jika kita sentiasa ingat ALLAH , ALLAH akan sentiasa membantu kita . Ini adalah persediaan untuk kita dihari kemudian.

Cuba amati senikata lagu nasyid ( Pergi Tak kembali ) dari Allahyarham Ustaz Asri yang berbunyi :

" KITA TAK SAMA NASIB DISANA
BAIKKAH ATAU SEBALIKNYA "

Sunday, August 8, 2010

RAMADHAN 2010 - 001

Selamat berpuasa kepada semua. Semuga dibulan Ramadhan tahun ini kita dapat menjalani amalan puasa dengan sebaik-baiknya.Jadikanlah Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.Rebutlah peluang Ramadhan tahun ini untuk kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH.

Sesungguhnya Ramadhan bulan yang dipenuhi barakah. Perbanyakkan solat malam dan muhasabah diri dibulan ini.Imbas kembali perjalanan yang telah kita lalui sehingga kehari ini

Cuba kira semula umur yang ALLAH anugerahkan pada kita sehingga kini.Bandingkan dengan amalan yang telah kita buat setakat ini.Berapakah ratio amalan dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH curahkan kepada kita.Sampai 50%, 40% , 20% atau kurang dari 10%.Itu pun belum ditolak amalan yang kurang ikhlas yang kita telah buat.

Cakap tentang Keikhlasan , berapa ramai yang boleh melaksanakan sesuatu itu dengan ikhlas.Dizaman yang mencabar ini , harta benda menjadi ukuran , wang menjadi rebutan , pangkat menjadi tanda penghormatan.Kalau perkara tersebut diletakkan sebagai satu ukuran pencapaian , maka analisalah bagaimana caranya kita mencapai semua itu.Berhati-hati dengan setiap langkah perjalanan kita dalam mencapai harta menggunung , wang berjuta dan pangkat yang tinggi . Takut-takut dalam proses kita berusaha mengejar semua itu , kita terpaksa menfitnah sesama sendiri,  menjatuhkan maruah sesama insan atau mengambil wang yang tidak diredzai ALLAH.Setiap apa yang kita capai , seandainya perjalanan tidak betul , tidak mengikut jalan petunjuk ALLAH , bukan saja harta , wang dan pangkat yang dicapai itu binasa tetapi semua yang ada akan turut lenyap ditelan masa.Berhati hati.

 Sekali-sekali cuba bandingkan kehidupan kita dengan orang yang tidak berkemampuan.Bandingkan kesihatan kita dengan orang yang sakit.Bandingkan harta kita dengan golongan miskin.Bandingkan pangkat kita dengan orang bawahan kita.Pandanglah mereka dengan MATA HATI .Apakah yang ALLAH hendak tunjukkan kepada kita.Apakah mereka pilih kehidupan begitu.Oleh itu BERSYUKUR dengan  apa yang ada ditangan sebelum semuanya kita kehilangan.

Cuba kita bandingkan pula umur kita dengan umur orang yang lebih tua dari kita.Mereka yang ALLAH lanjutkan usia sehingga 75tahun , 80tahun dan lebih dari itu.Diusia begitu , bukan semua mereka yang masih sihat tubuh badannya.Kebanyakkan mereka terpaksa melalui kebergantungan hidup pada orang lain. Mereka terpaksa bergantung kepada bantuan anak untuk memimpin mereka berjalan , memandikan mereka dan ada yang yang berharap orang lain menyuapkan makanan kemulut mereka.Selalunya mereka bergantung harap kepada anak-anak atau cucu cicit mereka atau sesiapa saja anak-anak angkat yang mereka pernah menabur jasa dan bakti diusia muda mereka.Ini adalah adat dunia , kalau kita membela seseorang budak tidak kira anak , anak angkat , cucu atau cicit maka bila kita tua , kita akan berharap inilah orangnya yang akan menjaga kita diusia tua.Adakah semua harapan ini akan terlaksana  atau harapan hanya akan tinggal harapan saja.Hanya ALLAH yang mengetahui.

Juga menjadi lumrah , kita akan menyayangi lebih mereka yang pernah kita belai dari kecil , yang dibesarkan didepan mata kita dengan titik peluh kita sendiri , yang kita menyuapkan nasi kemulut mereka dimasa ibu mereka bekerja .Akan kita ingat mereka ini selalu .Akan terbayang sentiasa dimata kita tingkahlaku mereka dimasa kita melalui zaman silam membela mereka.Bukan itu saja , kita akan merasa seronok bila kita diusia tua , mereka pula membela kita.Tetapi akan sayu dan sedih jika mereka tidak mengindahkan kita . Betapa terhiris hati bila kita dihari tua diasingkan dari mereka , bahkan tidak menalipon pun bertanya khabar.Kita akan tertanya-tanya apakah dosa yang telah kita lakukan kepada mereka, apakah mereka lupa jasa kita bila kita sudah tua.Atau kita diusia tua telah menjadi bebanan buat mereka.

Oleh itu jadikanlah Ramadhan ini untuk kita muhasabah diri.Berbuatlah baiklah kepada orang terutamanya mereka yang telah banyak berjasa kepada kita.Orang itu adalah gambaran hidup kita dimasa hadapan. Rancanglah sesuatu denga sebaik mungkin tanpa mengguris hati yang telah berjasa kepada kita.Ingatlah apa-apa kesusahan yang kita lalui adalah dugaan , bagaimana caranya kita mengabil langkah penyelesaian adalah penentuan hidup kita seterusnya.Lebih kuat iman kita maka lebih besarlah dugaaan kita.Jangan kalah dengan dugaan tapi mohonlah bantuan ALLAh untuk kita melalui semua dugaan   dengan jayanya.INSYAALLAH.

Ingat ada ayat Quran yang bermaksud " Engkau merancang , aku merancang , tetapi akhirnya perancangan aku yang akan menang"Oleh itu rancanglah sesuatu dengan berbincang dengan semua yang terlibat , jangan ada sebarang muslihat , takut ada yang teraniaya dan akhirnya kita terpaksa lalui dugaan demi dugaan sebab akhirnya perancangan  ALLAH yang akan menangkan orang yang teraniaya, tinggal kita melalui satu demi satu kepayahan hidup.

Semuga Ramadhan ini menjadikan saya , anak-anak saya dan semua orang , insan yang lebih baik  dan semuga Allah memberi Taufik dan Hidayahnya kepada saya , anak-anak saya dan semua umat Muhammad.Muga-muga ALLAH memberkati kita semua dan menguatkan azam dan ketaqwaan kita kepada ALLAH hingga keakhir hayat kita.

SELAMAT BERPUASA.